PENJELASAN :
Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperjelaskan dakwaan bahawa sekolah-sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan pondok agama akan diselaraskan sepertimana yang hangat diperkatakan.
Gambar hiasan. Sumber gambar : Bernama
Menurut beliau, satu jawatankuasa baharu perlu dibentuk bagi menyelaras Sekolah-sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan pondok agama kerana kerajaan pusat tidak berhasrat mencampuri hal ehwal sekolah berkenaan yang berada di bawah bidang kuasa agama negeri-negeri.
Beliau berkata walaupun satu dasar mengenai sekolah agama dan pondok boleh diwujudkan tetapi kuasa untuk mengambil tindakan masih tertakluk kepada negeri masing-masing.
SUMBER :