PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Johor terbakar.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA :
Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor menyangkal dakwaan berlaku kebakaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Johor.
Menurut Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Riduan Akhyar, gambar itu merupakan gambar kejadian kebakaran di sekolah lain pada 2014 dan diviralkan semula dengan sengaja oleh individu tidak bertanggungjawab.