Semakan Semula Status Penerima Bantuan JKM Bertujuan Menyusahkan Penerima?

TULAR:
27662

PENJELASAN :

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperjelaskan dakwaan bahawa semakan semula status penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah menyusahkan golongan itu berikutan terdapat mereka yang kini dihentikan bantuan setelah temuduga, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, tujuan kajian semula bagi menyemak status status penerima bantuan bukanlah untuk menyusahkan mereka, tetapi bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan.

Ujarnya, “Menjadi hasrat kita untuk tidak menyusahkan, namun kita juga kena patuh kepada peraturan tertentu. Kalau kita tidak lakukan kajian semula tiga bulan sebelum tempoh habis bantuan setiap tahun, kemungkinan akan berlaku kes penerima bantuan meninggal dunia tetapi tidak dilaporkan.

“Jadi, pembayaran dibuat secara berterusan dan akibatnya waris terpaksa bayar semula kepada kementerian. Ini perkara yang ingin kita elakkan, jadi kita perlu buat juga kajian semula,” katanya.

Menurut Azizah, kajian semula juga membolehkan kementerian menyemak bantuan lain yang mungkin diperlukan penerima bantuan.”Mana tahu penerima bantuan itu perlukan bantuan lain daripada JKM atau agensi lain untuk tambah pendapatan mereka,” menurutnya.

SUMBER :

Hansard Parlimen

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI