PENJELASAN :
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperjelaskan laporan bahawa tiada peruntukan khusus berkenaan layanan terhadap cukai pendapatan perniagaan dalam talian (online) di Malaysia.
Menurut LHDNM, di bawah seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967, pendapatan suatu perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan setelah mengambil kira semua perbelanjaan yang layak dibenarkan dalam perniagaan dan pelepasan-pelepasan cukai yang layak dituntut oleh para peniaga tersebut.
Peniaga online juga turut dinasihatkan agar mendaftarkan perniagaan dengan agensi berkaitan, membuka fail cukai pendapatan dengan LHDNM dan menyimpan semua dokumen perniagaan mereka.