PENJELASAN :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperjelaskan dakwaan bahawa berikutan senarai hitam Imigresen dimansuhkan, tiada lagi kesan buruk akibat tidak membayar pinjaman PTPTN, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, walaupun senarai hitam Imigresen bagi peminjam PTPTN dimansuhkan, peminjam PTPTN dinasihatkan terus menanam budaya membayar balik pinjaman bagi menjamin kelangsungan untuk menyalurkan pembiayaan kepada generasi akan datang.
“Peminjam juga digalakkan untuk terus membuat pembayaran berterusan dan konsisten walaupun gaji belum mencecah RM4,000 bagi mengelakkan rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). Ini kerana peminjam yang membuat pembayaran balik dengan baik dan konsisten, laporan CCRIS membantu mereka dalam memohon kelulusan sebarang pinjaman termasuk perumahan, peribadi dan kenderaan.”
SUMBER :