Senarai Pelbagai Produk Di Pasaran Berstatus Tidak Halal?

TULAR:
58942
Gambar hiasan : Sumber : JAKIM

PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat senarai pelbagai jenis produk yang tidak halal, sepertimana yang tular di media sosial.

Versi Terkini. Tular: Jun 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: September 2016

Sumber gambar: Facebook

Menurut Bahagian Hab Halal Jakim, mesej tular tersebut merupakan isu kitar semula yang mula tersebar sekitar tahun 2007 hingga kini.

Walaupun begitu, Bahagian Hab Halal Jakim telah menyatakan bahawa tidak kesemua produk berkenaan tidak mempunyai Sijil/Logo Pengesahan Halal Malaysia atau luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

Tambahnya lagi, pengguna adalah dinasihatkan agar memilih produk yang mempunyai Logo/Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau luar negara yg diikitiraf oleh Jakim dengan menyemak status halal di direktori www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar myjakim.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI