SEBENARNYA:
Polis menafikan kematian seorang lelaki berusia 44 tahun yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3, Kampung Manjoi berkaitan dengan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata keputusan ujian yang dilakukan oleh petugas Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati lelaki tersebut negatif COVID-19, sekali gus membolehkan bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati lelaki itu meninggal dunia akibat serangan jantung.”
A.Asmadi berkata anggota polis di Balai Polis Manjoi menerima maklumat pada pukul 1.30 tengah hari daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) COVID-19 mengenai kematian lelaki itu, dan hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Lelaki yang tinggal seorang diri disedari (tidak bernyawa) oleh adiknya semasa mahu menziarahi di rumah itu yang dikunci dari dalam. Bantuan bomba telah dipohon untuk membuka pintu rumah.”