Seorang Lelaki Yang Aktif Dalam Aktiviti Penjualan Organ Manusia Dan Perogol Bersiri Dikehendaki Pihak Polis?

TULAR:
604
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya seorang lelaki bernama Mohd Faris Farhan Bin Akhlaken Ahmad dikehendaki oleh pihak polis ekoran aktif dalam kegiatan penjualan organ manusia dan perogol bersiri di Malaysia dan sempadan Thailand.

Dakwaan mesej tersebut juga kononnya dikeluarkan oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang maklumat yang mengesahkan bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku dan ACP Datin Asmawati Ahmad tidak pernah mengeluarkan sebarang pengesahan mengenainya.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak disahkan kesahihannya.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI