PENJELASAN:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperjelaskan insiden remaja perempuan yang maut di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):
Berdasarkan hasil siasatan di tapak, alat permainan yang terlibat dengan insiden tersebut adalah direkabentuk untuk kegunaan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan sesuai untuk orang kurang upaya (OKU). Walau bagaimanapun ianya perlu digunapakai dengan pengawasan orang dewasa. Peraturan ini jelas dinyatakan pada papan tanda yang dipasang berhampiran alat permainan tersebut.
Rekabentuk alat permainan tersebut juga telah mengambilkira aspek keselamatan seperti berat beban termasuk kerusi roda dan disahkan selamat untuk digunakan oleh OKU. Berdasarkan kepada rekod penyelenggaraan, alat permainan tersebut telah diperiksa secara berkala dan pemeriksaan terakhir adalah pada Julai 2018 yang lalu dan mendapati ianya berfungsi dengan baik.
DBKL memandang serius terhadap kemalangan ini dan turut bersimpati dengan keluarga mangsa. Penelitian akan dibuat dari pelbagai aspek terhadap alat permainan di taman permainan kanak-kanak (TPKK) untuk tujuan penambahbaikan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin dan kejadian serupa tidak berulang.
SUMBER: