Sayur Romaine Lettuce Dari Negara Amerika Syarikat Dicemari Bakteria Escherichia Coli?

TULAR:
775
Sumber gambar: businessinsider.com

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan berkenaan sayur Romaine lettuce dari negara Amerika Syarikat telah dicemari bakteria patogenik Escherichia coli.

Sumber gambar: kpkesihatan.com

Menurut kenyataan rasmi KKM:

Berdasarkan maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM), Malaysia ada mengimport sayur Romaine lettuce dari negara Amerika Syarikat. Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa mulai 23 November 2018, KKM telah mengenakan tindakan penguatkuasaan “Tahan, Uji dan Lepas” (TUL) terhadap sayur Romaine lettuce yang diimport.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah mengenalpasti pengimport yang mengimport sayur Romaine lettuce dari negara Amerika Syarikat. Dalam hal ini, syarikat terlibat dimaklumkan untuk menarik balik sayur tersebut dari pasaran mengikut peruntukan di bawah Seksyen 13C(2), Akta Makanan 1983. Kegagalan mematuhi peruntukan seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Manakala pihak penjual diminta menghentikan penjualan serta-merta. Pengguna pula dinasihatkan menyemak label produk untuk mengenalpasti negara asal produk dan pengguna yang telah membeli sayur Romaine lettucedari negara Amerika Syarikat dinasihatkan supaya tidak memakannya. Bagi mereka yang mempunyai gejala keracunan makanan seperti sakit perut, loya, muntah dan sakit kepala setelah memakan sayur Romaine lettucetersebut hendaklah segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital yang berdekatan.

KKM akan terus meningkatkan pemantauan ke atas sayur-sayuran di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan.

SUMBER:

Laman Rasmi KP Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI