Terdapat Ancaman Bom Di Bangunan Hospital Pakar KPJ Seremban?

TULAR:
815
Gambar hiasan. Sumber gambar : 123RRF

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat bom di bangunan Hospital Pakar KPJ Seremban. Panggilan ancaman bom berkenaan telah diterima oleh operator hospital melalui panggilan telefon.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis mengesahkan panggilan ancaman bom yang diterima di Hospital Pakar KPJ Seremban adalah palsu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, polis yang menerima maklumat kejadian pada jam 4.50 petang bergegas ke lokasi sebelum mengarahkan semua kakitangan dan pesakit mengosongkan bangunan.

Katanya, panggilan itu diterima oleh operator hospital yang mendakwa ada bom dalam bangunan berkenaan.

Jelas beliau, “Selepas bangunan dikosongkan, pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan di semua kawasan bangunan lapan tingkat itu.

“Hasil pemeriksaan selama dua jam mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui. Selepas disahkan selamat, semua pesakit dibantu kakitangan dibenarkan masuk ke dalam bangunan.”

SUMBER:

Facebook Pois Diraja Malaysia

Harian Metro

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI