PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat mangsa tebusan wanita perompak di Tongkang Pechah, Batu Pahat.
SEBENARNYA :
Polis menafikan berlakunya insiden tebusan di Tongkang Pechah yang menjadi viral di media sosial.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad mengulas penyebaran gambar tersebut adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakonkan antara beberapa babak bagi musim terbaru sebuah drama bersiri popular yang menjalani penggambaran di Bandaraya Kuching, Sarawak.