Tiada Rekod Menyatakan Richard Huckle Sebagai Pengajar?

TULAR:
585

PALSU :

Tular di media sosial  dakwaan bahawa seorang pedofil warga Britain, Richard Huckle  mempunyai  kaitan dengan program yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Sumber gambar: Kementerian Pendidikan Malaysia


SEBENARNYA :

Kementerian Pendidikan menafikan penglibatan warga Britain, Richard Huckle dalam sebarang program anjuran kementerian itu seperti didakwa oleh beberapa pihak.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad selepas membuat semakan nama ‘Richard Huckle’ dalam rekod program Penutur Jati (Native Speakers) 2010-2015 dan juga program English Teaching Assistants (ETA) dari 2012 sehingga kini.

SUMBER :

Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI