Pengunaan Darah Babi Dalam Masakan Mi Kari ?

TULAR:
870
Gambar hiasan. Sumber gambar : JAKIM

PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan laporan berkaitan penggunaan darah babi di dalam penyediaan mi kari yang dijual di Pulau Pinang dan juga di SS2, Petaling Jaya sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut JAKIM, ianya adalah perakuan yang dibuat oleh peniaga berkenaan berkaitan hidangan Mee Kari yang dijual di gerai jualannya di SS2, Petaling Jaya. Untuk makluman pengguna, gerai jualan ini tidak pernah memiliki atau diberikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Pengguna juga diingatkan agar tidak terkeliru dengan kenyataan “Secret Recipe from island brought to Kuala Lumpur 40 years ago” kerana ianya tiada kaitan dengan jenama Secret Recipe yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM.

SUMBER:

Facebook Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI