Pembalakan Haram Di Kawasan Kampung Kokos Tawau?

TULAR:
810

PENJELASAN :

Jabatan Perhutanan Sabah memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat aktiviti pembalakan haram di sekitar kawasan Kampung Balung Cocos (Kokos), Tawau sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: facebook.com

Menurut Jabatan Perhutanan Sabah, pembalakan yang dilaporkan itu adalah di kawasan Tanah Hakmilik (titled land) dan bukan di dalam kawasan hutan simpan, perlindungan ataupun Taman Negeri (Sabah Parks).

Kayu balak hasil daripada pembangunan di tanah persendirian tersebut telah dikenakan cukai dan cukai yang diwajibkan telahpun dibayar kesemuanya. Balak-balak yang dikeluarkan adalah sah daripada segi undang-undang.

SUMBER :

Jabatan Perhutanan Sabah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI