PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sedang menjejaki para penumpang yang menaiki pesawat Air Asia AK5651 dari Kuala Lumpur ke Miri pada 26 Februari 2020, kerana dikatakan terdapat seorang wanita di dalam pesawat yang sama telah dijangkiti Covid-19.
SEBENARNYA:
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita tersebut adalah palsu.