PALSU:
Tular satu laporan dari sebuah portal berita dakwaan yang melaporkan bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong.
SEBENARNYA:
Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah menafikan laporan bahawa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghantar wakil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewakili dirinya.
JKM Sabah dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu berkata, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dan Presiden Parti Warisan hadir sendiri ke Istana Negara.
Kenyataan terbabit turut menyatakan adalah tidak benar mengatakan beliau menghantar wakil dan tidak diterima oleh pihak istana.