Terdapat Borang Penyenaraian Kekuatan Pegawai Dan Anggota Polis Bagi Menghadapi PRU15?

TULAR:
1706

PENJELASAN:

Tular di media sosial sekeping gambar yang memaparkan sebahagian borang yang meminta penyenaraian kekuatan pegawai dan anggota polis bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sumber gambar : Harian Metro Online

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) gambar memaparkan sebahagian borang yang meminta penyenaraian kekuatan pegawai dan anggota polis bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang tular di media sosial adalah tidak tepat.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penugasan yang dimaksudkan adalah untuk menjaga keamanan dan bukannya bagi pilihan raya umum.

Tegas beliau “Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan perkara ini kerana siasatan mengenainya sedang dijalankan”.

SUMBER:

Harian Metro Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI