Terdapat Kes Kencing Tikus Di Lata Kinjang, Lata Iskandar Dan Kuala Woh Tapah?

TULAR:
1293

PALSU:

Tular di media sosial satu notis yang mendakwa kononnya terdapat kes yang melibatkan jangkitan Leptospirosis (kencing tikus) di tiga Taman Eko Rimba di negeri Perak, iaitu di Lata Kinjang, Lata Iskandar dan Kuala Woh, Tapah.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Perhutanan Negeri Perak:

Jabatan Perhutanan Negeri Perak ingin memaklumkan bahawa setelah semakan dan siasatan dibuat kepada pihak RAMD, pihak RAMD telah memaklumkan bahawa apa yg telah diviralkan tersebut adalah tidak betul dan pihak jabatan telah pun memohon pihak RAMD supaya memperbetulkan semula kenyataan tersebut.

Untuk makluman juga tiada sebarang kes dikesan di ketiga-tiga Taman Eko Rimba seperti yang dinyatakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI