Kemalangan Motosikal Langgar Pagar Di Pintu 2 Istana Negara?

TULAR:
1743

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan satu klip video yang didakwa kononnya berlaku kemalangan di Pintu 2 Istana Negara yang melibatkan motorsikal.

Sumber gambar: Facebook

PDRM mengesahkan satu video tular berkaitan kemalangan di Pintu 2 Istana Negara adalah kemalangan yang berlaku dua bulan lalu dan tiada kaitan dengan suasana politik semasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, insiden pada 25 Januari itu membabitkan seorang anggota tentera berusia 30 tahun.

Menurut beliau, anggota tentera itu cedera selepas motosikal yang ditungganginya dalam keadaan laju, terbabas dan merempuh pintu pagar berkenaan.

“Mangsa mengalami cedera ringan di pergelangan tangan dan muka serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.”

SUMBER:

Harian Metro Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI