PENJELASAN :
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa kini terdapat shisha stick dijual dengan harga serendah RM17 dalam kalangan murid sekolah rendah dan dipercayai berperisa ganja sehingga menyebabkan ketagihan, sepertimana yang tular di media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif berkata, walaupun masih belum menerima sebarang laporan berhubung penggunaan atau penjualan shisha stick di sekolah-sekolah, namun pihak polis memandang serius perkara berkenaan.
Menurutnya, mereka hanya menemukan shisha stick perisa buah-buahan dan sebagainya, tetapi masih belum mengesan perasa ganja di pasaran.
SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia