Dua Pelajar Sekolah Miliki Pistol?

TULAR:
741

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa dua pelajar sekolah telah ditahan kerana memiliki pistol bagi melakukan jenayah, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Mynewshub.

Menurut PDRM, berita yang sudah tular di laman sosial itu tidak tepat. Beliau meminta orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan berhubung kejadian dua remaja yang dikatakan mencuri pistol di sebuah rumah perlindungan di Ampangan, bagi tujuan melakukan jenayah.

Katanya,“ Saya ingin perbetulkan fakta kejadian tersebut. Polis mendapati kejadian itu disebabkan kecuaian pengasas pusat perlindungan yang meninggalkan kereta tanpa mematikan enjin. Disebabkan itu, ia membuka peluang kepada remaja terbabit mencuri apabila ternampak sebuah beg bimbit yang diletakkan dalam kereta itu.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI