Shisha Stick Berperisa Ganja di Sekolah?

TULAR:
470

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa kini terdapat shisha stick dijual de­ngan harga serendah RM17 dalam kalangan murid sekolah rendah dan dipercayai berperisa ganja sehingga menyebabkan ketagihan, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Whatsapp.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif berkata, walaupun masih belum menerima sebarang laporan berhubung penggunaan atau penjualan shisha stick di sekolah-sekolah, namun pihak polis memandang serius perkara ber­kenaan.

Menurutnya, mereka hanya menemukan shisha stick perisa buah-buahan dan sebagainya, tetapi masih belum mengesan perasa ganja di pasaran.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Utusan Malaysia (1)

Utusan Malaysia (2)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI