Sindiket Kutip Derma Oleh Warga Asing Yang Tidak Sah?

TULAR:
807
Sumber gambar : Sinar Harian

WASPADA :

Orang ramai diminta berwaspada dengan warga asing yang mengutip derma dari orang ramai.

Sumber gambar: Facebook

Polis bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan enam lelaki warga Thailand bersama wang tunai RM3,800 di sebuah hotel dekat Batu Pahat, Johor kerana menjalankan kerja-kerja mengutip derma dari orang awam secara haram.

Modus operandi yang digunakan oleh sindiket tersebut adalah memperdaya orang ramai dengan cara mengutip derma kononnya bagi tujuan pembinaan madrasah di Selatan Thailand.

JAINJ menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan sindiket minta derma didalangi warga asing. Sebaliknya orang ramai boleh memeriksa tiga surat kebenaran meminta derma yang hanya boleh dikeluarkan oleh pihak polis, jabatan agama Islam negeri dan daerah.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Laman Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI