PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melantik syarikat tertentu sebagai orang tengah bagi menjual nombor pendaftaran siri RV dengan caj tertentu.
SEBENARNYA :
Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak sama ada orang perseorangan mahupun syarikat, bagi mempromosi atau menjual nombor pendaftaran siri RV.
Beliau juga menganggap ia adalah cubaan untuk mengelirukan pembida kerana jika pembida tidak dapat hadir ke JPJ Perlis untuk tujuan tender nombor pendaftaran, mereka boleh menghantarnya secara pos dengan menyertakan dokumen yang lengkap.
Mengulas lanjut, Shahrul Azhar berkata segala maklumat berkaitan tender nombor pendaftaran dapat dilayari melalui portal JPJ dan pembida boleh berurusan secara terus dengan JPJ negeri, dan tender tempahan nombor pendaftaran RV telah pun dibuka mulai 24 Januari l2018 hingga jam 12 tengah hari 6 Februari 2018.