PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya terdapat dua kanak-kanak telah dijumpai di kawasan bakau di Kampung Longgom, Kudat dengan organ dalamannya telah tiada.
SEBENARNYA:
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berita yang tular di media sosial kononnya dua kanak-kanak telah dijumpai di kawasan bakau di Kampung Longgom, Kudat, dengan organ dalamannya telah tiada adalah tidak betul.
Berita yang ditularkan melalui Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp (WA) yang mendakwa kononnnya seorang daripada kanak-kanak itu sudah tidak berkepala manakala tangan dan kaki mereka telah dipotong juga adalah palsu.
SUMBER: