Polis Hantar Mesej Perintah Penangkapan Dan Pembekuan Aset Melalui Whatsapp?

TULAR:
2187
Gambar hiasan. Sumber : Pexels

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan pihak yang mendakwa pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak menghantar mesej berkenaan perintah penangkapan atau perintah pembekuan aset melalui medium laman sosial seperti Whatsapp.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut PDRM, sekiranya anda menerima mesej di aplikasi Whatsapp daripada pegawai polis berkenaan perintah penangkapan atau perintah pembekuan aset, jangan panik dan abaikan mesej tersebut kerana ia adalah taktik terbaru penipu untuk memperdaya mangsa.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI