PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa sistem pengurusan pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) secara online selama sebulan bermula 14hb Disember 2018 hingga 14hb Januari 2019.
SEBENARNYA:
Menurut LPPSA dalam satu kenyataan:
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memandang berat terhadap informasi yang disebarkan melalui media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS & WHATSAPP) sejak beberapa hari lalu berkaitan penutupan sistem pengurusan pembiayaan LPPSA secara online bermula 14hb Disember 2018 hingga 14hb Januari 2019 lantaran usaha LPPSA di dalam menaik taraf Sistem Pengurusan Pembiayaan (LMS).
Pihak LPPSA ingin menegaskan bahawa informasi tersebut adalah PALSU dan TIDAK BENAR. Sistem pengurusan pembiayaan LPPSA secara online akan beroperasi seperti biasa sehingga pengumuman rasmi selanjutnya yang akan dilakukan melalui laman sesawang http://www.lppsa.gov.my/ dan Facebook Page Rasmi LPPSA, @OfficialPageLPPSA. Sebarang maklumat mengenai aktiviti menaik taraf Sistem Pengurusan Pembiayaan LPPSA perlu dirujuk melalui saluran rasmi LPPSA sahaja.
SUMBER:
Laman Rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Facebook Rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)