Sultan Selangor Dan Sultan Johor Hadir Ke Himpunan ICERD?

TULAR:
2017

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya  Sultan Johor, Pemangku Sultan Pahang dan Sultan Selangor akan menyertai Himpunan ICERD pada 8 Disember 2018 ini.

Versi pertama:

Sumber gambar: Facebook

Versi kedua:

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Istana Selangor:

Adalah dimaklumkan bahawa D.Y.M.M. Sultan Selangor kesal dan dukacita dengan kenyataan yang tersebar di media sosial dan whatsapp “Sultan johor pemangku sultan pahang sultan Selangor turun Himpunan ICERD 8-12-2018 bersama anak Melayu Bumiputera”.

D.Y.M.M. Sultan Selangor menitahkan supaya mana-mana pihak tidak melibatkan nama Baginda di mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh parti poliltik atau NGO. Kenyataan seperti ini boleh mengelirukan masyarakat. D.Y.M.M. Sultan Selangor sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor tidak seharusnya dilibatkan dengan sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

Justeru itu, D.Y.M.M. Sultan Selangor mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu seumpama ini.

Dalam pada itu, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim juga turut bertitah melalui Facebook rasminya:

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita palsu yang kini tular di laman media sosial yang mengaitkan Baginda dengan Perhimpunan ICERD.

“Suka saya ingatkan kepada semua, pada masa sekarang terdapat banyak berita palsu tersebar di laman media sosial. 

“Jangan mudah mempercayainya atau terpengaruh dengan apa saja berita palsu yang anda baca, sebaliknya sentiasa menyemak terlebih dahulu faktanya,” titah Baginda kepada Royal Press Office hari ini (7 Disember).

Tuanku Sultan Ibrahim kini berada di Jepun atas lawatan peribadi Baginda ke negara itu. 

SUMBER:

Facebook Istana Selangor

Facebook Rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI