Kertas Peperiksaaan Biologi SPM 2018 Mempunyai Kesilapan Dan Perlu Diteliti Semula?

TULAR:
2827

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan laporan berkenaan kertas peperiksaan bagi subjek Biologi yang perlu diteliti semula, ekoran mempunyai kesilapan pada salah satu soalan bagi kertas peperiksaan berkenaan.

Sumber gambar: Malaymail

Menurut kenyataan rasmi KPM:

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa tiada kesilapan soalan bagi kertas peperiksaan Biology (4551/1) seperti yang dilaporkan. Perkara berkaitan salasilah keluarga yang dikemukakan adalah terkandung dalam kurikulum dan buku teks Biology Tingakata 5. Bagi soalan berkenaan, calon dikehendaki membuat ramalan berdasarkan rajah salasilah keluarga yang diberikan.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI