Skim Pelaburan Kucing Import Dengan Peratusan Keuntungan Tinggi?

TULAR:
435

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan kucing baka import yang mana pelabur diperdaya untuk membeli pelbagai kucing import untuk dibiakkan dengan janji keuntungan 70% dari hasil penjualan anak-anak kucing tersebut.

Sumber gambar: Bernama.

Menurut Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, SAC S. Sasikala Devi  mangsa diperdaya untuk ‘membeli’ kucing baka import antaranya ‘Mainecoon’, ‘British Short Hair’ atau ‘Pedigree’ pada harga RM7,000 hingga RM30,000 mengikut jenis bagi dibiakkan dengan kucing jenis baka lain.

“Namun selepas setahun, hasil jualan anak-anak kucing baka import yang dijanjikan lumayan itu tidak diterima mangsa menyebabkan mereka tampil membuat laporan polis.”

 

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI