Remaja Diculik Untuk Pengambilan Organ Dijumpai Mati Dalam But Kenderaan?

TULAR:
838

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes penculikan untuk tujuan pengambilan organ di Miri, diiringi tiga gambar yang kononya menunjukkan mangsa, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan mati di dalam but kereta.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata polis mula menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook yang memuat naik berita palsu tentang penculikan untuk tujuan pengambilan organ, diiringi tiga gambar berkaitan kes bunuh di Miri yang mana seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan mati di dalam but kereta.

“Catatan itu jelas karut dan polis telah memulakan siasatan terhadap pemegang akaun Facebook berkenaan kerana menyebarkan berita palsu.”

Beliau juga mengingatkan netizen supaya tidak berkongsi berita palsu itu kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Bernama

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI