Nilai Matawang Ringgit Kembali Kukuh Kerana Campur Tangan Kerajaan Dan Demam Pilihan Raya?

TULAR:
1396

PENJELASAN:

Menteri Kewangan II memperjelaskan bahawa pengukuhan nilai ringgit yang berlaku ketika ini bukan disebabkan campur tangan kerajaan dan demam pilihan raya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak apabila nilai ringgit kembali kukuh berbanding dolar Amerika (ASD).

Gambar hiasan.Sumber gambar : Facebook

Menurut Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kerajaan tidak campur tangan dalam ringgit, ia berlaku melalui penawaran dan permintaan, jika ada banyak penawaran dan eksport, ia akan membawa masuk banyak ASD ke dalam negara dan pastinya akan ada permintaan kepada ringgit.

“Pengukuhan ringgit berlaku kerana adanya eksport yang kuat, pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh, harga minyak yang kembali stabil serta perkara positif dalam ekonomi berlaku kerana kepercayaan pelabur melihat kepada peningkatan ekonomi dan persekitaran politik yang stabil.”

SUMBER:

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI