Suhu Rendah Sehingga 17 Darjah Celsius Melanda Malaysia?

TULAR:
1182

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononya Jabatan Meterorologi Malaysia (MMD) telah mengeluarkan makluman mengatakan seluruh negara sedang mengalami penurunan suhu dengan Tawau mencatatkan suhu terendah pada 17.6 darjah Celsius, dan orang ramai dinasihatkan supaya memakai baju tebal bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak.

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

MMD menafikan mengeluarkan maklumat berhubung penurunan suhu sehingga 17 darjah Celsius.

Jabatan itu berkata suhu minimum yang direkodkan ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang lazim berlaku pada awal pagi.

“Keadaan ini berlaku berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga Ahad (14 Januari 2017).”

SUMBER:

Facebook Rasmi MMD

Bernama

Astro Awani

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI