JPJ Tidak Pantau Harga Lesen Memandu?

TULAR:
818
Gambar hiasan : Sumber : JPJ

PENJELASAN :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperjelaskan dakwaan bahawa harga lesen memandu di Malaysia adalah mahal dan tidak dipantau oleh JPJ sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

JPJ melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) akan sentiasa memantau isu harga lesen memandu yang ditetapkan institut memandu di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata institut memandu yang dikesan mengenakan harga tidak munasabah boleh diambil tindakan termasuk menghentikan operasi institusi berkenaan.

Harga siling bagi mendapatkan lesen memandu di negara ini telah ditetapkan dan perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, mungkin disebabkan beberapa caj tambahan yang dikenakan institusi terbabit.

SUMBER :

Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan 

Bernama

Sinar Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI