Cabaran Berbasikal Pulau Indah 180 Malaysia Dibatalkan Kerana Tidak Mendapat Sokongan Pihak PDRM?

TULAR:
480

PENJELASAN :

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor memperjelaskan laporan bahawa acara lumba basikal Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018 anjuran Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) yang sepatutnya berlangsung dibatalkan pada saat akhir ikutan tidak mendapat sokongan daripada pihak PDRM sepertimana yang dilaporkan media.

 

Sumber gambar : Sinar Harian

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, pihak penganjur hanya mengemukakan surat kelulusan kepada pihaknya pada  kira-kira 12.45 tengah malam, kira-kira enam jam sebelum perlumbaan berlangsung.

“Untuk tempoh sesingkat itu agak mustahil untuk polis menyediakan anggota yang cukup untuk mengawal trafik di sepanjang 180 kilometer (km) laluan perlumbaan yang melibatkan empat daerah polis antaranya Klang, Banting dan Sepang kerana penugasan awal telah dibuat. Sepatutnya penganjur perlu mengemukakan surat kelulusan berkenaan paling lewat 24 jam sebelum acara diadakan, jika penganjur mematuhi prosedur ini pihak polis tiada masalah untuk memberi kerjasama.”

 

SUMBER : 
Utusan Online

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI