Pil Paracetamol P/500 Yang Mengandungi Virus ‘Machupo’ Terdapat Di Pasaran?

TULAR:
2038

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya terdapat pil paracetamol P/500 yang mengandungi virus ‘Machupo’ terdapat di pasaran.

Versi Terkini. Tular: Januari 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tersebar dalam laman sosial kononnya terdapat pil paracetamol P/500 yang mengandungi virus ‘Machupo’ dijual di pasaran.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pil jenis Aeknil yang disebarkan dalam media sosial berwarna putih berkilat berbeza dengan yang didaftarkan dengan kementerian.

Katanya, kementerian setakat ini tidak menerima sebarang laporan atau amaran berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau negara lain.

SUMBER:

Kementerian Kesihatan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI