Waspada Pembelian Ubat Atas Talian

TULAR:
258

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila membeli produk ubat melalui perkhidmatan internet yang penghantaran ubat dibuat melalui perkhidmatan pos atau kurier.

Gambar hiasan.Sumber gambar : NationKart

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan pengguna tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan perubatan dan produk di internet kerana membeli produk farmaseutikal melalui perkhidmatan internet boleh mengundang bahaya kepada kesihatan pengguna.

Produk yang dijual melalui internet adalah diragui kerana faktor keselamatan, kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna tidak dapat dipastikan.

Berikut adalah panduan sekiranya perlu untuk membeli ubat atas talian:

  •  Hanya boleh membeli ubat yang dikategorikan sebagai ubat am (over-the-counter; OTC), tradisional dan suplemen kesihatan sahaja (No. pendaftaran MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). No. MAL yang diakhiri dengan A adalah dikategorikan sebagai ubat terkawal (memerlukan preskripsi). Ubat yang memerlukan preskripsi tidak boleh dijual secara online.
  • Ubat preskripsi hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.
  •  Hanya dapatkan ubat daripada laman web yang dikendalikan oleh ahli farmasi yang berlesen sahaja.
  • Elakkan membeli ubat daripada laman web luar negara.
  •  Jangan terpedaya dengan iklan dengan janji-janji manis.
  • Semak iklan yang telah diluluskan di www.pharmacy.gov.my

SUMBER :
Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI