PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengintip dan memantau segala perbualan di Whatsapp dan pelbagai aplikasi permesejan lain.
SEBENARNYA :
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hanyalah sebuah badan pengawal selia dan tidak memantau atau mengintip perkara yang dimuatkan pengguna WhatsApp dalam aplikasi itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
“Mesej yang tular baru-baru ini mendakwa suruhanjaya berkenaan memantau kandungan dalam aplikasi itu adalah sama sekali palsu,” katanya kepada media.
SUMBER :