BSN Tawar Dana Tabung Usahawan?

TULAR:
1683

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) ada menawarkan dana pembiayaan “Tabung Usahawan” yang menawarkan peruntukan sebanyak RM200,000 hingga RM400,000 kepada usahawan-usahawan terpilih.

Gambar Hiasan. Sumber : CrunchBase.

SEBENARNYA :

Bank Simpanan Nasional (BSN) menjelaskan bahawa ia tidak pernah menawarkan dana pembiayaan “Tabung Usahawan” yang menawarkan peruntukan sebanyak RM200,000 hingga RM400,000 kepada usahawan-usahawan terpilih.

“Ini adalah satu penyebaran mesej tular (viral) yang palsu. BSN tidak pernah menawarkan dana itu atau sebarang bentuk dana pembiayaan seumpamanya kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, pihak bank menasihatkan para pelanggan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang panggilan, mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan maklumat palsu yang mendakwa daripada pihak BSN.

SUMBER :

Bank Simpanan Nasional

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI