Jabatan Kastam Selangor Tawar Pemberian Jubin Secara Terbuka?

TULAR:
483

PENJELASAN:

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor memperjelaskan dakwaan bahawa JKDM Selangor ada membuat tawaran secara terbuka bagi pemberian jubin sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar Hiasan. Sumber Gambar: bbctile.

JKDM Selangor menafikan pihaknya membuat tawaran secara terbuka bagi pemberian jubin.

JKDM Selangor dalam satu kenyataan berkata, bahagian penguatkuasaannya tidak pernah menyebarkan maklumat itu menerusi SMS atau WhatsApp tetapi menjelaskan bahawa tawaran tersebut sememangnya terbuka kepada sekolah, surau atau madrasah tahfiz.

Bagaimanapun katanya, permohonan menerusi surat daripada kumpulan sasaran itu yang memerlukan sahaja akan diambil kira.

SUMBER:

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI