Pembalakan Haram Di Ulu Muda Jejaskan Kualiti Air?

TULAR:
888

PALSU:

Tersebar luas di media sosial dakwaan bahawa jumlah paras dan kualiti air di Empangan Muda yang merosot adalah berpunca dari pembalakan yang dijalankan di sekitar Ulu Muda.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Kerajaan negeri Kedah menafikan wujudnya aktiviti pembalakan haram di kawasan tadahan air di hutan simpan kekal Ulu Muda, Sik, yang didakwa telah menyebabkan ancaman kepada bekalan air di kawasan utara tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Datuk Badrol Hisham Hashim berkata sebaliknya, aktiviti pembalakan yang dijalankan di kawasan tersebut ketika ini adalah berlesen dan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

Jelas beliau, “Memang ada aktiviti pembalakan yang dijalankan di kawasan tersebut namun ia dilakukan di luar rabung kawasan tadahan air di mana kawasan pembalakan adalah 12,484 hektar atau 30 peratus daripada kawasan keseluruhan Ulu Muda.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI