WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan SMS atau panggilan telefon yang kononnya daripada pihak Ambank yang mendakwa bahawa pelanggan telah melakukan satu transaksi pada kad kreditnya dan mesti membuat panggilan ke satu nombor khas untuk menguruskan pembayarannya.
Menurut AmBank, bank itu tidak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan maklumat peribadi dan bukan menjadi dasar bank menanyakan maklumat peribadi menerusi panggilan telefon.
Kata kenyataan itu lagi, pelanggan yang dihubungi oleh pihak ketiga ini kemudiannya diberikan satu nombor telefon kononnya kepada bahagian kredit kad bank dan apabila mendailnya, pelanggan akan diminta memberikan maklumat kewangan peribadi untuk tindakan selanjutnya oleh pihak bank.
AmBank (M) Bhd. menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang cubaan oleh pihak ketiga mendapatkan maklumat peribadi dan rahsia mereka.
SUMBER: