MB Perlis Diarah Untuk Bercuti ?

TULAR:
318

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menasihatkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu untuk bercuti selama enam bulan.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Wikiwand

SEBENARNYA : 

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu menafikan dakwaan bahawa beliau telah dinasihatkan bercuti selama enam bulan.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mengarahkan beliau berbuat demikian adalah tidak benar sama sekali.

“Tuduhan itu tidak benar. Setiap Rabu, saya bertemu Tuanku Raja Perlis atas urusan pentadbiran negeri dan pada Jumaat pula saya mengerjakan sembahyang Jumaat bersama baginda,” katanya.

SUMBER : 

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI