PALSU :
Tular di media sosial berkenaan sebuah video berkaitan kempen daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang disifatkan berunsur hasutan, kononnya diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sumber gambar : Brands of the world
SEBENARNYA :
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan penglibatannya dalam penerbitan sebuah klip video berkaitan kempen daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang disifatkan berunsur hasutan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata perkara itu berpunca daripada tindakan produksi terbabit yang menggunakan logo dan alamat laman web SPR pada akhir video, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
SUMBER :