Jambatan Sultan Yusuf Akan Ditutup?

TULAR:
635

PENJELASAN :

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak memperjelaskan kenyataan bahawa Jambatan Sultan Yusuf atau lebih dikenali Jambatan Batu 5 akan ditutup sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Sinar Harian

Menurut kenyataan JKR Hilir Perak, jambatan berkenaan akan ditutup kepada semua kenderaan sehingga ke tarikh yang diberitahu kelak, berkuatkuasa 11 Ogos 2017.

Penutupan ini dibuat bagi kerja-kerja penyelenggaraan komponen jambatan yang masih lagi diteruskan oleh JKR bersama pihak kontraktor.

Papan tanda jalan alternatif telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005) manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felcra Changkat Lada (A266).

SUMBER :

Facebook JKR Hilir Perak

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI