KKM Membelanjakan RM400 Juta Untuk 500 Ambulans ?

TULAR:
1545
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan bahawa KKM memperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi memperoleh 500 unit ambulans berspesifikasi baharu sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan. Sumber gambar : Car Domain

Menurut KKM, dakwaan bahawa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, berkata jumlah sebenar perolehan ambulans adalah sebanyak RM225.2 juta.

“Perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja di mana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulans spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini,” ujar beliau.

SUMBER : 
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI