Lebih 500 Ribu Mangsa Penipuan Pelaburan FOREX?

TULAR:
2111

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket penipuan pelaburan FOREX  yang kononnya menawarkan pulangan yang tinggi bagi pelaburan yang dibuat.

Gambar hiasan. Sumber gambar : IQoption50

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk A. Thaiveegan menjelaskan lebih 500,000 individu dilaporkan menjadi mangsa penipuan pelbagai pelaburan haram di negara ini melibatkan kerugian mencecah RM3 bilion sejak tahun lepas hingga Julai 2017.

“Kerap kali kami menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati dengan sebarang pelaburan, buat semakan dengan Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu sebelum terlibat dengan mana-mana pelaburan. ”

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI