PALSU:
Tular sebuah mesej tular yang dikitar semula, kononnya daripada seorang tokoh agama yang mendakwa bahawa Starbucks telah disahkan haram oleh JAKIM kerana mengandungi bahan E471 (Emulsifier 471).
Versi Terkini. Tular: September 2019
Versi Terdahulu. Tular: Jun 2018
Versi Terdahulu. Tular: September 2017
Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2016
SEBENARNYA:
Untuk makluman pengguna, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 10 Mei dan 11 Oktober 2016 yang lalu.
Perlu diketahui premis makanan Starbucks Malaysia merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.
SUMBER:
Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM