TNB Membuat Kerjasama Dalam Program Pemasangan Sistem Solar Di Masjid Dan Surau?

TULAR:
2040

PALSU:

Tular di media sosial kononnya pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada menjalinkan kerjasama dalam program pemasangan sistem solar di masjid dan surau. 

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merujuk kepada mesej media sosial berkaitan program pemasangan sistem solar di masjid-masjid dan surau-surau ditawarkan seorang individu, kononnya dengan kerjasama TNB.

TNB menafikan terdapat kerjasama antara TNB dan individu tersebut bagi menawarkan perkhidmatan pemasangan solar seperti ditularkan.

Bagaimanapun, TNB menerusi anak syarikatnya GSPARX Sdn Bhd ada menawarkan skim pemasangan solar tanpa modal awalan kepada semua pelanggan komersial dan industri yang layak termasuk masjid dan rumah ibadat.

Skim ini yang dinamakan Solar Energy Purchase (SEP) membolehkan pelanggan menikmati penjimatan bil melalui penjanaan tenaga solar di atas bumbung.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan GSPARX, sila layari www.tnb.com.my/solar, www.gsparx.com atau email ke [email protected].

SUMBER:

Laman Rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI